Kejadian ini telah berlaku pada tahun lalu, dan apa yang amat mengejutkan lagi, apabila seorang nenek telah berjaya ditahan oleh pihak polis kerana disyaki membawa masuk barang terlarang. Nenek malang terbabit berasal dari negara Mexico dan dia didapati telah menaiki sebuah pesawat untuk memasuki negara Amerika Syarikat.
Setelah hasil dari pemeriksaan dijalankan, nenek berkenaan telah berjaya ditahan oleh pihak polis yang bertugas. Setelah diberi arahan kepada nenek malam berkenaan untuk membuka baju, alangkah terkejutnya pihak polis kerana dia telah menyembunyikan barang terlarang itu.
Sewaktu proses pemeriksaan dijalankan, nenek malang berkenaan telah menunjukkan reaksi takut ketika pihak polis memberikan arahan supaya dia menunjukkan barangan terbabit. Sudah pasti anda ingin mengetahui apakah barangan terlarang yang disimpan oleh nenek berkenaan?
Apa yang lebih mengejutkan pihak polis lagi, barangan rahsia yang disimpan disebalik pakaiannya adalah sejenis ganja seberat 5kg. Tapi,mengapa harus jadikan seorang nenek yang sudah dimamah usia untuk membawa barangan terlarang tersebut.
Sehabis sahaja pemeriksaan itu selesai dijalankan, nenek itu juga memberitahu bahawa dia telah diarahkan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Siapakan individu yang tidak bertanggungjawab yang sanggup memperdayakan seorang nenek malang dengan mengikat barangan terlarang di sekeliling badannya.
Ganja seberat 5kg yang telah di ikat di sekitar badan nenek malang berkenaan
Memang dalam mana-mana undang-undang negara, pesalah pasti akan di dakwa. Tapi apabila kejadian yang terjadi kepada nenek malang ini yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan nenek yang tidak bersalah telah menanggung hukuman dengan kesalahan yang tidak diingininya. Mudahan pihak berkuasa memberi kelonggaran dengan permasalahan ini dan memberkas individu yang melakukannya.
Sumber: Kenabaca.com , Erabaru.my
The post Nenek Malang Dijadikan Mangsa Keadaan Untuk Membawa Masuk Barang Yang Terlarang appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Nenek Malang Dijadikan Mangsa Keadaan Untuk Membawa Masuk Barang Yang Terlarang