Beberapa hari yang lalu, heboh di media sosial ramai netizen mengecam video abang nak tegur gandingan Datuk Aliff Syukri dan Sajat. Mereka berpendapat bahawa gandingan tersebut tidak sesuai dan mendapat ‘dislike’ yang lebih banyak berbanding ‘like’.
Nampaknya Sajat terpaksa menerima kritikkan hebat dari netizen-netizen yang mengkritik nyanyiannya.
Ada dikalangan netizen memberikan cadangan supaya menukar gandingan tersebut. Peka dengan saranan netizen yang mahu Aliff Syukri menggantikan rakan duet kepada isterinya, netizen membuktikan ‘janji’ mereka. Video Abang Nak Tegur 2.0 Aliff Syukri suami isteri meraih like yang lebih banyak berbanding versi sulung!
117 ribu likes setelah 2 hari!
Lagu Abang Nak Tegur 2.0 itu nampaknya semakin digemari netizen dengan 131,000 like diterima berbanding 6000 dislike. Ketika artikel ditulis, video berkenaan sudah ditonton lebih 800,000 kali di laman itu. Manakala bagi versi asal, video itu meraih 3.5 juta tontonan.
Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan memberi komen positif.
Sumber: Ohbulan
The post ‘Sejuk Hati Dengar Suara Perempuan Tulen’ – Netizen Puas Hati Gandingan Baru Dalam Lagu Abang Nak Tegur appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Sejuk Hati Dengar Suara Perempuan Tulen’ – Netizen Puas Hati Gandingan Baru Dalam Lagu Abang Nak Tegur