Seorang Datuk Membiarkan Monyet Peliharaannya Menggigit Kemaluan Cucunya Kerana Berang Duitnya Dicuri

Seorang Datuk Membiarkan Monyet Peliharaannya Menggigit Kemaluan Cucunya Kerana Berang Duitnya Dicuri - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Datuk Membiarkan Monyet Peliharaannya Menggigit Kemaluan Cucunya Kerana Berang Duitnya Dicuri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Manusia semakin lama semakin kejam. Setiap hari ada sahaja kes-kes diluar jangkauan yang melibatkan ahli keluarga sendiri. Jika kes liwat, rogol melibatkan ahli keluarga itu sepertinya sudah biasa didengari.

Begitu juga dengan kes penderaan. Ibu bapa mendera anak, datuk dan nenek mendera cucu, seolah-olah tiada nilainya perhubungan kekeluargaan itu sendiri

Seperti kes yang hendak dikongsikan ini, seorang datuk bertindak kejam kepada cucunya sendiri apabila sanggup membiarkan kemaluan cucunya digigit oleh monyet belaannya hanya kerana berang cucunya mencuri duitnya.

Memetik laporan portal berita Tribunnews, kejadian berlaku di Desa Brambang, Kota Pasuruan, Jawa Timur, Indonesia di mana kes tersebut kini berada di dalam siasatan pihak polis yang kini giat mencari bukti.

Berdasarkan video, kanak-kanak malang itu ditelanjangkan sebelum lelaki tersebut memegang tangannya dan membiarkan monyet peliharaannya mengigiti kemaluan kanak-kanak itu selain beberapa kawasan tubuh badannya sambil berulang-ulang kali meraung meminta maaf dan menahan sakit.

Menurut pihak Polis Kota Pasuruan, AKBP Rizal Martomo, pihak mereka kini belum mengeluarkan laporan siasatan kerana masih menyiasat kejadian ini.

“Kalau memang ditemukan minimal dua alat bukti, maka bukan tidak mungkin statusnya akan dinaikkan. Saat ini, kami sedang melanjutkan pemeriksaan.”

“Kondisi kanak-kanak berkenaan masih dalam keadaan trauma, Kami juga sedang memberikan rawatan kepadanya dan semalam mangsa turut menjalani perubatan dan kita tunggu hasilnya nanti,” jelas Rizal.

Menurut beliau lagi, lelaki berkenaan bertindak sedemikian kerana untuk mengajar kanak-kanak itu agar tidak menjadi nakal lagi selepas ini.

“Katanya sih dia (terlapor) ingin memberikan pembelajaran(pengajaran) kepada cucunya yang sudah mencuri uangnya Rp 50.000(RM14) tapi, memberikan pelajaran itu tidak harus dengan cara kekerasan seperti itu,” terangnya.

Sekadar diketahui, pemeriksaan itu bermula dari laporan masyarakat yang menyatakan ada datuk yang nekad menganiaya cucunya sendiri menggunakan binatang di mana ada seorang penduduk tempatan merakam aksi itu sebelum memuatnaiknya ke Facebook.

https://youtu.be/sMalYCgy4HI

Kisah ini menjadi bualan ramai selepas sebuah video yang berdurasi kira-kira 6 minit 50 saat menjadi tular di sana dan menimbulkan rasa marah penduduk tempatan.

Sumber: Siakapkeli.my

The post Seorang Datuk Membiarkan Monyet Peliharaannya Menggigit Kemaluan Cucunya Kerana Berang Duitnya Dicuri appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Seorang Datuk Membiarkan Monyet Peliharaannya Menggigit Kemaluan Cucunya Kerana Berang Duitnya Dicuri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Datuk Membiarkan Monyet Peliharaannya Menggigit Kemaluan Cucunya Kerana Berang Duitnya Dicuri

Postingan terkait: