Akibat terlalu taksub dengan artis pujaannya Angelina Jolie, gadis yang berasal dari negara Iran ini sanggup melakukan apa saja demi kelihatan persis seperti artis antarabangsa itu. Malah dia juga tekad untuk mengubah bentuk mukanya agar menjadi seperti idolanya.
Gadis dari Iran ini juga dikatakan telah melakukan pembedahan muka sebanyak lebih dari 50 kali. Dia juga mengamalkan diet yang ketat agar memiliki tubuh badan yang mempunyai berat sebanyak 40 kilogram sahaja.
Gambar gadis ini telah tular di laman sosial dan dia juga sering menjadi mangsa kutukan orang ramai hanya disebabkan oleh raut wajahnya yang sangat pelik dan tidak seperti yang dijangkakan.
Ramai orang berpendapat yang raut wajahnya tidak serupa langsung dengan Angelina Jolie tetapi lebih kepada watak kartun yang membawa watak utama The Corpse Bride.
Gadis iran yang kini telah menjadi sebutan hangat kerana obsesinya untuk menjadi seperti Angelina jolie, lebih dikenali sebagai Sahar Tabar yang masih berumur 19 tahun ini juga mempunyai banyak pengikut di laman instagram miliknya yang sebanyak 60 ribu followers setelah dirinya viral di laman sosial.
Sahar Tabar juga telah didapati turut membuang semua gambar-gambar wajahnya sebelum dia melakukan pembedahan setelah dia mendapat tahu tentang dirinya yang telah menjadi tatapan ramai orang.
Malas nak cakap banyak, mari kita lihat gambar sebelum dan selepas Sahar Tabar. Anda nilailah sendiri.
Wajah sebenar sebelum melakukan pembedahan
walaubagaimanapun semua itu terpulang pada dirinya sendiri. Mungkin baginya penampilannya kini lebih cantik berbanding dari yang asal. Bahkan di mata orang ramai ia adalah sesuatu yang menakutkan dan menyeramkan. Jadikan semua ini iktibar agar kita selalu mensyukuri kurniaan Tuhan dan janganlah sesekali mengubahnya walau hanya ingin kelihatan cantik.
Sumber: Mediahiburan.my
The post Terlalu Obsesi Ingin Menjadi Seperti ‘Angelina Jolie’, Wajah Gadis Iran Kelihatan Menyeramkan appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Terlalu Obsesi Ingin Menjadi Seperti ‘Angelina Jolie’, Wajah Gadis Iran Kelihatan Menyeramkan