Sebagai seorang ibu, sudah pasti akan rasa sangat gembira dan bersyukur jika dikurniakan cahaya mata. Mengandung selama 9 bulan, menahan alahan dan menjaga makan demi anak dalam kandungan. Kadang kala terfikir, bagaimana seorang ibu sanggup membuang anak kandungnya sendiri. Sedangkan haiwan pun sangat sayangkan anaknya.
Namun kes buang bayi bukanlah perkara yang pelik pada zaman sekarang, hampir setiap hari ada sahaja berita berkenaan ibu membuang bayi. Tergamak sungguh seorang ibu membuang bayi sendiri! Di mana rasa tangungjawab dan kasih sayang terhadap anak sendiri?
“Tolong jaga anak ini baik-baik. Maaf sebab saya terpaksa buang dia, tapi saya akan melihat dia dari jauh. Tolong jangan bagi tahu dia, beritahu lah mak cik pak cik adalah ibu dan bapa kandung dia. Maaf sekali lagi.
“Saya tidak dapat jaga dia tapi saya sangat sayangkan dia, maaf saya datang dari jauh, dengan harapan inginkan kebaikan kepada anak saya, biarkan dia hidup bahagia, janganlah bagi orang kutuk, hina dia anak haram, tolong jaga dia dan jangan bagi tahu orang luar selain keluarga.”
Itulah yang tertulis di dalam satu nota yang dipercayai ditinggalkan ibu kepada bayi lelaki masih bertali pusat yang ditemui dalam keadaan dibalut dengan langsir dan ditinggalkan dalam kotak di tepi pasu bunga rumah di Jalan Selasih, Kampung Kurnia Jaya, Kamunting, Taiping, hari ini.
Bayi dipercayai baru beberapa jam dilahirkan itu ditemui penghuni rumah berkenaan pada 2.15 pagi.
Difahamkan, penghuni rumah berkenaan terdengar tangisan bayi sebelum memeriksa kawasan sekeliling rumah dan menemui bayi itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, bayi berkenaandiletakkan di atas plastik hitam di dalam kotak.
Katanya, saksi yang menemui bayi itu mendapati uri bayi turut dibalut bersama kain sebelum menghubungi talian kecemasan dan bayi berkenaan dibawa ke Hospital Taiping.
“Bayi seberat lebih dua kilogram (kg) itu berada dalam keadaan aktif dan menurut doktor bayi itu baru dua jam dilahirkan.
“Pemeriksaan ke atas kain langsir membalut bayi itu menemui satu nota,” katanya.
Razlam berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Jika anda melakukan kesalahan besar sekalipun, jangan jadikan anak sebagai mangsa. Besarkan mereka dengan kasih sayang, anak adalah permata hati dan amanah dari ALLAH S.W.T yang tidak ternilai kepada ibu dan bapa.
Anda membuag anak anda, ia bererti anda telah mengkhianati amanah tersebut dan ia adalah perbuatan terkutuk!
Sumber: Thereporter.my
The post ‘Maaf, Saya Terpaksa Buang Dia, Tolong Jagakan Dia Untuk Saya’ – Ibu Buang Anak Simpan Dalam Kotak appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Maaf, Saya Terpaksa Buang Dia, Tolong Jagakan Dia Untuk Saya’ – Ibu Buang Anak Simpan Dalam Kotak