Apabila cuti sekolah sudah hampir tamat, para ibu bapa sudah pasti tengah sibuk membuat persiapan anak-anak. Dari pakaian, alatan sekolah dan paling penting ialah lencana sekolah.
Lencana sekolah adalah salah satu perkara yang agak leceh apabila ianya perlu dijahit. Ada ibu bapa yang memakai seterika bagi melekatkan lencana tersebut. Namun ianya tidak bertahan lama.
Jika baju atau tudung sekolah anak tidak diletakkan lencana, pihak sekolah akan mengambil tindakkan. Ibu bapa terpaksa menjahitnya bagi memastikan lencana tersebut bertahan lama dan tidak tertanggal ketika membasuhnya.
Kaedah yang akan dikongsikan ini sememangnya seperti sama, iaitu dengan menampalnya. Tetapi ada kelainan sedikit apabila anda perlu meletakkan sedikit gam untuk memastikan ia melekat dengan kuat dan tidak mudah tertanggal walupun dibasuh berkali-kali. Jom kita lihat.
Alat-alat:
1. kertas tebal/cardboard/manila kad,
2. gam uhu,
3. lencana sekolah,
4. kain kecil/sapu tangan yang dibasahkan
5. Seterika
Cara-caranya:
1. Letak kertas keras di dalam poket baju sekolah (jika tudung, letak di bahagian dalam bawah lencana) – bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Sapu gam uhu pada bahagian belakang lencana/tag nama, kemudian lekatkannya di depan poket mengikut susunan/kedudukan yang betul.
3. Letak kain yang telah dibasahkan di atas lencana itu.
4. Kemudian, iron kan sahaja atas kain tersebut. Seterika kain basah tadi dan pastikan ia mengenai lencana. Tekapkan dan gosok sehingga lencana melekat.
*Mungkin semasa seterika tu akan berasap-asap, dont worry jika itu yang berlaku. Itu sekadar tindak balas apabila menggosok kain basah.
5. Angkat kain dan alihkan kertas keras tersebut keluar.
Selamat mencuba!
Sumber: Sayidahnapisah.com
The post Para Ibu Perlu Tahu, Cara Paling Mudah Pasang Lencana Sekolah Selain Menjahit appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Para Ibu Perlu Tahu, Cara Paling Mudah Pasang Lencana Sekolah Selain Menjahit