Ramai yang bertanyakan, apa kelebihan anak sulung perempuan? Sedangkan bagi mereka ank sulung perempuan, hidup lebih sukar kerana perlu lebih berdikari berbanding adik-beradik yang lain.
Namun bagi orang sekeliling, terutamanya bagi orang-orang tua, anak perempuan sulung memiliki banyak kelebihannya. Ini kerana mereka dikatakan lebih pandai menajga diri dan juga pandai berdikari.
Antara sebab lain mengapa anak sulung menjadi pilihan lelaki untuk dijadikan isteri ialah,
Kamu seorang yang jujur
Hal ini kerana kamu selalu berlaku jujur terhadap kedua ibubapa kamu, jadi jujur adalah sifat neutral yang kamu miliki. Ini kerana anak sulung perempuan lebih mudah mendengar kata ibu bpa dan lebih suka brcakap jujur dan terbuka.
Optimis dan Berdikari
Anak perempuan sulung bukan sahaja jujur, malah lebih pandai berdikari. Suka melakukan apa saja dengan sendiri dan tidak mahu mengharapkan orang lain. Ini adalah salah satu sifat yang baik dalam diri anak perempuan sulung.
Melindungi adik-adik
Oleh kerana sudah diajar untuk bertanggungjawab, tanggungjawab terhadap adik-adik tidak pernah diabaikan. Jika sudah bersuami pula sudah pasti akan sentiasa taat dan mendengar kata suami.
Pandai Memasak
Oleh kerana anak perempuan sulung, biasanya ibu lebih suka menggalakkan anak perempuannya menolongnya kerja-kerja dapur. Ini kerana, sememangnya tanggungjawab wanita adalah di dapur.
Pendengar Yang Baik
Kakak sulung sering menjadi orang paling utama yang akan dicari adik-adik, ini kerana mereka menganggap kakak sulung umpama rakan dan juga seorang penasihat yang berpengalaman. Malah lebih rapat dengan adik-adik
Calon Ibu Yang Baik
Sudah terbiasa menjaga adik-adiknya, sudah pasti ianya menjadi pengalaman berharga buat anda. Jika sudah berkahwin dan mempunyai anak sendiri, sudah pasti tidak susah untuk anda menjaga anak anda.
The post Sebab Kenapa Anak Sulung Perempuan Menjadi Isteri Idaman appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Sebab Kenapa Anak Sulung Perempuan Menjadi Isteri Idaman