Siapa Sangka Sebenarnya Bermain Kutu Itu Haram!

Siapa Sangka Sebenarnya Bermain Kutu Itu Haram! - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa Sangka Sebenarnya Bermain Kutu Itu Haram!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Pasti ramai diantara kita yang suka bermain kutu, kutu ini dikenali sebagai salah satu cara bagaimana untuk menyimpan duit. Tetapi ramai yang tidak tahu akan hukumnya.

Untuk menambah sedikit ilmu pengetahuan mengenai kutu ini, Kuliah Ustaz Azhar Idrus menerangkan hukum sekiranya bermain duit kutu. Jom kita lihat.

Soalan :

Apakah hukum main duit kutu?

HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan.

Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :

“Saya berhutang kepada awak semua”

Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :

“Saya bayar hutang awak”

Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:

“Saya terima hutang awak semua kpd saya”

Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.

**Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM.

Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas??

Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. Wallahua’lam.

Manakala berikut adalah pandangan daripada mufti Wilayah persekutuan berkenaan hukum bermain kutu moden.

SOALAN:

Assalamualaikum Tuan Mufti.

Mohon bantuan mengenai hukum kutu moden yang semakin banyak dipromosikan dalam Facebook.

Terima kasih.

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Pada asalnya bermain kutu ialah dibenarkan selagi mana jauh daripada riba, kezaliman dan unsur-unsur yang haram. Sahabat saya Prof Dr. Azman Mohd Noor di dalam tulisan belia berkata: “Bermain kutu adalah amalan sebahagian masyarakat Islam khasnya wanita di Timur Tengah (dipanggul “Jumu’iyyah), Afrika (di Nigeria ia dipanggil “adashi”dan Malaysia khasnya di Pantai Timur. Isu Syariah ialah mensyaratkan hutang dibalas dengan hutang iaitu “aqridni uqriduka”, yang bereti: “Bagi hutang kepada saya, saya akan bagi hutang pada kamu”. Kebanyak an Fuqaha tidak membenarkan hutang bersyarat sebegini kerana ada unsur mengambil manfaat dari hutang.

Perlu juga dipertimbangkan, manfaat daripada hutang yang diharamkan ialah manfaat yang dikhususkan kepada pemberi hutang (lender). Adapun manfaat kepada peminjam, ia diharuskan. Dalam kontek kutu, semua ahli akan memperolehi manfaat dan tidak disyaratkan siapa yang dapat dahulu

Mazhab Maliki pula membenarkan mewaqafkan duit secara bertempoh melalui dana waqaf yang menyediakan khidmat pinjaman hutang kepada ahli/sesiapa yang memerlukan. Dalam konteks kutu, seolah olah duit simpanan bulanan dikumpul kemudian diberi pinjam kepada ahli secara bergilir.

Berdasarkan pandangan Mazhab Maliki yang membenarkan berhutang dari waqaf, dan konsep kerjasama, persepakatan dan persetujuan di antara ahli peserta kutu, (bukannya hubungan antara dua pihak) tanpa melibatkan bayaran riba, atau apa apa skim pelaburan, saya berpandangan bahawa ia adalah harus. Tetapi, konteks undang-undang perlu dipertimbangkan.”

Sahabat saya Dr. Zaharuddin Abd Rahman antara lain menyebut: “Setakat info yang diberikan dan juga menurut pengetahuan saya berkenaan skim ‘kutu’ ini, secara dasarnya saya lihat urus aturan ‘kutu’ ini adalah harus. (Namun keharusan ini telah dibataskan oleh akta wang kutu di atas tadi).

Ini adalah kerana sebenarnya wang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara ‘in advance’ disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran ‘In advance’ ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah dari semua ahli kumpulan.

Bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannya itu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya.

Namun demi memastikannya halal, perlulah memastikan semua ahli kumpulan boleh dipercayai, dikenali dan membuat aqad bertulis bagi protect kemaslahatan semua. Tanpanya, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar.

Bayangkan zaman hari ini, orang yang nampak baik pun liat nak bayar hutang.

Kesimpulannya, skim ‘kutu’ antara sesama rakan yang dipercayai dalam jumlah yang terhad dan munasabah serta bertulis adalah harus disebabkan ia hanyalah aktiviti pinjam meminjam.”

Aktiviti saling memberi pinjam dengan nilai dan jumlah yang sama adalah harus. Antara hujjah saya adalah seperti berikut:-

Pertama: Keharusan kaedah:-

أسلفني وأسلفك

Maksudnya: “Kamu pinjamkan kepadaku nescaya aku juga akan meminjamkan kepadamu kelak”

(Mawahibul Jalil, Al-Hattab, 4/395)

Menurut mazhab Maliki, konsep ini dianggap makruh apabila ia memberikan manfaat kepada yang pemberi hutang lalu ia haram, tetapi jika manfaat diperolehi oleh peminjam ia adalah harus.

Namun dalam bab ini kedua-dua pihak mendapat manfaat yang sama rata. Justeru ia sewajarnya diharuskan. Inilah yang diperolehi dari skim ‘kutu’ ini.

Kedua: Tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang.

Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Shariah. Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.

Manakala syarat untuk memberi pinjam semula tadi, jikapun ia dianggap sebagai satu manfaat namun ia adalah manfaat yang sama kepada dua-dua pihak dan bukan hanya satu pihak yang boleh membawa penindasan. Ia juga boleh dilihat dalam isu ‘Suftajah’. Demikian menurut pendapat Ibn Qudamah, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Malah diperjelaskan lagi oleh Prof. Dr Nazih Hammad (Qadhaya Fiqhiyyah Mu’asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 230).

Ketiga: Riba diharamkan disebabkan kerana zalim yang berlaku ke atas satu pihak.

Namun di dalam hal ni tiada sebarang kezaliman berlaku kerana kedua-duanya mendapat jumlah, dan tempoh yang sama, cuma di waktu yang berbeza sahaja.

Ibn Qayyim berkata:-

والشارع نهي عن الربا لما فيه من الظلم

Maksudnya: “Syariah melarang riba disebabkan kerana kezaliman yang terdapat padanya” (‘I’lam al-Muwaqqi’en, 1/386)

Adapun persepakatan dalam pinjaman berbalas dengan jumlah dan tempoh sama ini tiada terkandung di dalamnya sebarang zalim kepada mana-mana pihak. (Qadhaya Fiqhiyyah Mu’asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 231)

Namun begitu bahawa undang-undang negara kita memperuntukkan dalam Akta (Larangan) Kumpulan Wang kutu 1971 (http://ift.tt/2iFZ1sa) bahawa perniagaan wang kutu adalah salah di sisi undang-undang. Menurut Akta 28 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, ia ditafsirkan sebagai:

“Kumpulan wang kutu” ertinya rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan berbagai-bagai nama sepeti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya yang menurutnya peserta-pesertanya membayar yuran berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta-peserta dengan jalan lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan daripada berbagai-bagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei atau tontine.”

Wallahuaʿlam

Sumber: Suaramedia.org

The post Siapa Sangka Sebenarnya Bermain Kutu Itu Haram! appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Siapa Sangka Sebenarnya Bermain Kutu Itu Haram! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siapa Sangka Sebenarnya Bermain Kutu Itu Haram!

Postingan terkait: