Sudah menjadi ikutan zaman kini, yang kebanyakkan antara orang awam kini lebih mengemari memakai seluar yang ketat. Tidak kira lelaki ataupun wanita. Adakah mereka tahu tentang keburukan yang boleh mendatangkan bahaya dan memudaratkan kesihatan.
Kini orang hanya lebih pentingkan trend dan sanggup menahan sakit asalkan masih kelihatan cantik dan bergaya di penglihatan orang yang melihat.
Ini adalah 5 kesan buruk yang dikongsikan oleh Zunaidah Abu Samah selaku Ketua Unit Fisioterapi dari Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Pusat Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Kesan buruk pada saraf dan juga sendi-sendi
Kesan buruk yang akan kita dapat apabila selalu mengenakan pakaian yang ketat terutama sekali seluar. Sudah tentu ia akan menyukarkan pergerakan kita seperti jika hendak membengkokkan badan semasa hendak duduk atau mencangkung dan sebagainya.
Tekanan yang amat tinggi ini juga sudah pasti akan mengakibatkan saraf pada bahagian pelvis secara tetap dan seseorang individu pasti akan berasa kebas, kesejukan, terbakar, sakit yang mencucuk dan sangat sensitif apabila bersentuhan dan pasti akan berasa nyilu di bahagian tepi peha.
Kanser Melanola
Terlalu kerap memakai pakaian yang ketat dalam jangka masa yang lama juga boleh menyebabkan terjadinya kanser Melanola iaitu lebih dikenali sebagai kanser kulit yang sangat merbahaya. Permulaan terjadinya kanser ini apabila ada tanda-tanda hitam pada bahagian kulit.
Menganggu posisi rahim
Pemakaian seluar yang terlalu ketat juga boleh membuatkan perjalanan darah terganggu dan sudah pasti ia juga akan merisikokan keadaan rahim perempuan.
Keadaan pinggul akan menjadi tidak sama rata
Keadaan struktur tulang pinggul juga akan menanggung akibatnya jika memakai seluar ketat dengan kasut bertumit tinggi. Ia boleh mengakibatkan posisi pinggul akan menjadi senget kerana tekanan yang diberikan.
Gangguan pembiakan sperma
Terutamanya pada lelaki-lelaki di luar sana yang sangat suka pakai seluar yang ketat. Pemakaian seluar yang ketat boleh menganggu dalam mengurangkan penghasilan sperma.
Tabiat seperti ini juga boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit yang daang. Mungkin di pandangan orang ia adalah sesuatu yang sangan trendy tetapi mereka tidak tahu yang pemakaian seperti itu mengundang keburukan yang sangat bahaya. Sama-samalah kita jadikan semua ini iktibar. Jangan hanya ingin nampak cantik sanggup menahan kesakitan.
Sumber: Hanasuva.com
The post Terdapat 5 Keburukan Akibat Selalu Pakai Seluar Yang Ketat appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Terdapat 5 Keburukan Akibat Selalu Pakai Seluar Yang Ketat