Awal Tinggalkan Melodi, Gantikan Nabil Di MeleTOP?

Awal Tinggalkan Melodi, Gantikan Nabil Di MeleTOP? - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Awal Tinggalkan Melodi, Gantikan Nabil Di MeleTOP?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Awal Ashaari bukanlah nama yang asing lagi dari dunia seni tanah air. Jika dahulunya Awal aktif berlakon, namun telah lama dia meninggalkan dunia lakonan dan aktif dalam bidang pengacaraan.

Petah berkata-kata, tidak pernah kering idea, dan sikapnya yang bersahaja membuatkan penonton tidak mahu berganjak dari televisyen. Pengacara Melodi ini sememangnya mempunyai bakat semula jadi yang menyerlah.

Dalam diam-diam, rupa-rupanya sudah 6 tahun Awal mengendalikan rancangan Melodi, dan baru-baru ini dia mengumumkan pengundurannya daripada program hiburan tersebut.

Awal menerusi laman Instagramnya menyatakan tindakan tersebut diambil kerana dia ingin keluar daripada zon selesa.

Bagi pemilik nama sebenar Ahmad Awaluddin Ashaari, tempoh enam tahun merupakan satu jangka masa yang lama untuknya mengacarakan sesuatu program.

“Saya ingin berkongsi yang saya dengan ini mengundur diri dari program Melodi setelah hampir enam tahun mengendalikan program ini.

“Saya akhirnya sedar yang saya perlu keluar dari zon selesa saya. Enam tahun adalah masa yang cukup lama buat saya kekal dalam sesuatu program,” tulisnya di laman Instagram.

Dalam pada itu, pelakon filem Syurga Cinta ini mendedahkan penarikan dirinya dari program tersebut sudah diajukan kepada pihak produksi sejaK tahun lalu.

“Hujung tahun lalu saya pernah menghantar surat untuk berhenti. Namun, pihak penerbitan menolak dan mereka masih ingin menggunakan khidmat saya kerana belum berjumpa pengganti yang sesuai.

“Tahun 2018, sepatutnya saya digandingkan dengan dua pengacara baru, tetapi setelah berbincang, mereka akur dan menghormati keputusan saya,” katanya lagi.

Tambah pengacara 36 tahun ini lagi, dia ingin memberi fokus kepada bidang lakonan dan perniagaannya pula selepas ini.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu timbul desas-desus yang mengatakan suami kepada pelakon Scha Alyahya ini akan bergandingan dengan Neelofa mengendalikan program MeleTOP.

Khabar angin itu timbul selepas Awal dilihat mengacarakan program tersebut pada Selasa lalu bagi menggantikan pengacara asalnya, Nabil.

Awal menegaskan bahawa kenyataan yang dia akan menggantikan nabil itu tidak benar, kerana sudah lama dia mencadangkan kepada pihak produksi bagi meletakkan jawatan, namun tidak diluluskan.

“Kalau nak kata saya berundur sebab mendapat tawaran mengacara program lain, tidak benar sama sekali. Malah sebelum itu lagi saya sudah terbabit dalam beberapa program di stesen TV lain.

“Ingin dijelaskan, saya bukan wajah esksklusif mana-mana stesen TV, jadi bebas untuk bekerja dengan mana mana stesen sekaligus. Kalau selepas ini Melodi nak panggil saya jadi pengacara jemputan pun, saya okey. Tidak ada masalah,” jelasnya.

Ramai artis terkenal telah digandingkan dengan Awal sepanjang enam tahun menjadi muka depan Melodi. Antaranya ialah Zizan Razak, Sherry Alhadad, Zulin Aziz dan penyampai radio Kool FM, AG.

Sumber: Mynewshub.cc

The post Awal Tinggalkan Melodi, Gantikan Nabil Di MeleTOP? appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Awal Tinggalkan Melodi, Gantikan Nabil Di MeleTOP? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Awal Tinggalkan Melodi, Gantikan Nabil Di MeleTOP?

Postingan terkait: