Wanita Ini Mati Mengejut, Disangka Migrain Rupanya Barah Otak!

Wanita Ini Mati Mengejut, Disangka Migrain Rupanya Barah Otak! - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Ini Mati Mengejut, Disangka Migrain Rupanya Barah Otak!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Jangan tersalah faham apabila anda mengalami sakit kepala yang teruk, bukanhanya penyakit migrain sahaja yang mengalami sakit kepala, malah barah otak juga mempunyai simptom yang sama.

Jika anda mengalami sakit kepala yang sangat kuat, sebaiknya anda merujuk kepada pakar. Mereka mampu mengesan penyakit sebenar anda. Jangan ambil mudah ya!

Kanser otak adalah tumor otak malignan yang boleh merebak dengan cepat ke bahagian lain otak dan tulang belakang. Sila ambil perhatian, tidak semua tumor otak malignan dan boleh dikategorikan sebagai kanser. Terdapat juga tumor otak tidak berbahaya. Benign tumor otak adalah sekumpulan sel-sel otak yang tumbuh perlahan-lahan dan tidak merebak ke bahagian lain.

Berikut adalah beberapa tanda-tanda lazim tumor otak termasuk:

-Keletihan yang berlebihan dan mengantuk.
-penglihatan bermasalah.
-Terjejas dalam berjalan dan bercakap.
-Muntah.

Seorang wanita berusia 29 tahun meninggal dunia dua minggu sebelum perayaan Krismas akibat barah otak yang dihidapinya. Pada awalnya Laura McGuigan tidak menyedari akan penyakit tersebut dan menyangkakan selama ini dia hanya mengalami migrain.

Laura dilaporkan telah mengalami sakit kepala teruk selama seminggu sebelum meninggal pada 12 Disember lalu selepas tiga hari dimasukkan ke hospital.

Menurut laporan Mirror, wanita berasal dari Broughderg, Co Tyrone, Ireland itu sentiasa memakai kaca matanya di pejabat kerana beranggapan dia sensitif terhadap lampu.

Tunangnya, Emma McGuinness diminta untuk mambantu mengenal pasti keadaan Laura.

EMMA MCGUINNESS (KIRI) DAN LAURA MCGUIGAN (KANAN)

“Dia ingatkan dia mengalami migrain kerana sensitif kepada cahaya dan mula mamakai kaca mata hitam di tempat kerja.

“Tetapi, pada malam Sabtu (9 Disember) dia mula muntah dan enggan ke hospital membuat pemeriksaan,” katanya dipetik Mirror.

Menurut Emma, Laura bagaimanapun dikejarkan ke hospital selepas muntah-muntah apabila mereka ke rumah kawannya di Maghery.

Melihatkan keadaan Laura yang semakin teruk, Emma bertindak menelefon ambulans. Bagaimanapun, Laura tidak sedarkan diri sejurus ambulans tiba.

“Apabila mereka membawanya ke ambulans, mereka mula melakukan ujian Electrokardiografi (ECG). Tetapi melihatkan bibirnya bertukar ke warna biru seperti dia tidak bernafas lagi,” tambahnya.

Menurut laporan doktor yang merawatnya, Laura tidak boleh bernafas dengan sendiri dan perlu menggunakan alat sokongan pernafasan.

Menurut imbasan tomografi berkomputer (CT scan) yang telah dibuat, doktor mendapati terdapat komplikasi dahsyat di kepalanya yang tidak dapat diubati.

Dalam pada itu, Laura berkali-kali berpesan kepada Emma untuk membuat pemeriksaan walaupun dia sendiri enggan berbuat demikian.

“Banyak kali dia menyuruh saya untuk pergi membuat pemeriksaan. tetapi dia sendiri tidak mahu pergi. Hampir tujuh tahun dia tidak membuat pemeriksaan kesihatan,” tambahnya.

Tambahnya lagi, doktor hanya memberikan ubat tahan sakit kepada Laura dan tidak membuat imbasan kerana tiada simptom penyakit yang ditunjukkan.

Pasangan songsang ini telah merancang untuk berkahwin selepas ini tetapi niatnya itu terbantut apabila Laura disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, Emma turut kesal kerana pihak hospital tidak mengiktirafnya sebagai pasangan hidup Laura semasa pendaftaran kematian dibuat.

Seorang jurucakap Perkhidmatan Ambulans Utara Ireland meminta maaf bagi pihak hospital dan menjelaskan petugas hospital tiba lambat kerana kekurangan kakitangan.

Mereka terpaksa menguruskan kes serius yang lain terlebih dahulu kerana kes Laura ditetapkan sebagai Kategori B, iaitu kes serius yang tidak mengancam nyawa dengan cepat.

Sumber: Mynewshub.cc

The post Wanita Ini Mati Mengejut, Disangka Migrain Rupanya Barah Otak! appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Wanita Ini Mati Mengejut, Disangka Migrain Rupanya Barah Otak! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita Ini Mati Mengejut, Disangka Migrain Rupanya Barah Otak!

Postingan terkait: