‘Dua Pasangan Ini Membuatkan Aku Lebih Bersyukur ‘ – Intan Nornie

‘Dua Pasangan Ini Membuatkan Aku Lebih Bersyukur ‘ – Intan Nornie - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Dua Pasangan Ini Membuatkan Aku Lebih Bersyukur ‘ – Intan Nornie, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Setiap kehidupan itu ada ujiannya tersendiri, jika anda rasa kehidupan anda susah, ingatlah bahawa masih ramai yang lebih susah dari anda. Mungkin hari ini anda hanya kekurangan bahan dapur, tetapi masih punya tempat tinggal. Adakah anda terfikir bagaimana agaknya kehidupan pengemis? Yang tiada tempat tinggal dan serba serbi kekurangan.

Bersyukur dengan apa yang ada akan membuatkan anda rasa hidup anda sudah lengkap. Jangan pernah mengeluh dengan ujian yang maha Esa, sesungguhnya setiap perjalanan hidup itu sudah di tentukan. Yang pasti jangan pernah putus asa untuk berusaha.

Kisah yang dikongsikan oleh Puan Intan Nornie Sheika ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua.

Awal minggu lalu, melangkah ke Aeon. Ramai amat orangnya. Adam yang sedang demam, ditinggalkan rehat di rumah. Hajat saya nak membeli dua hingga tiga pakaian sekolah. Nak ‘grab’ mana yang sempat.

Angkat sehelai. RM30. Dibelek yang lain. Baju sahaja minima RM24 satu, belum dipadankan seluar. Laju kepala mencongak.

“Tak cukup bajet ni.”

Usai beli barangan dapur saya bergegas keluar mengejar masa. Hati teringatkan Adam di rumah.

Pergi kedai mampu milik

Pergi ke kedai yang lebih mampu milik. Kedai yang dulu jarang-jarang ada orang, sangat penuh. Dari mula meletak kereta, hingga ke kaki lima. Ada saja keluarga kecil dengan anak-anak berdiri dan bercakap-cakap sesama sendiri.

“Murah agaknya ni. Ramai orang n,” bilang saya pada diri sendiri.

Sebelum keluar dari kereta, cebisan kertas itu diperhatikan berkali-kali. Senarai keperluan sekolah Adam, risau ada terlupa dicatat. Sempat belek helaian kertas dalam beg duit juga. Masuk ke dalam dan belek baju-baju. Lingkungan harga RM13-RM23. Alhamdulillah, mampu milik.

Lalu saya yang cerewet membelek lipatan baju satu persatu. Sampai adik sales person yang manis kerling pada tibu.

“Akak perlukan bantuan? Nak saiz yang mana?” beliau cuba membantu.

“Dik, akak nak belek jahitan dia sikit, boleh ya? Maaf dik kalau akak susahkan kerja adik.” jawab tibu sambil memberi sebuah senyuman.

Adik itu menggangguk dan kata, “Sebenarnya supervisor saya tak bagi. Tapi tak apa. Dia tak ada. Akak belek-belek dulu ya.”

Dengar suara suami isteri berbincang

Sedang tibu asyik membelek-belek, kedengaran perbincangan antara dua orang di lorong sebelah saya rasanya, suara wanita.

“Cukuplah dua abang. Ayang basuh hari-hari. Sempatlah Long dengan Angah sekolah pagi dengan agamanya.”

“Uish awaknya. Sempat ke? Kot bawak dek hujan tak berbaju sekolah budak-budak. Ambiklah sehelai lagi. Esok-esok abang tanya Mail kot ada nak upah kutip durian, abang pegilah. Lepas duit bebudak punya kasut pulak,” kata lelaki itu, suami wanita berkenaan.

“Tak pun baju Long tu kita pin la kalau-kalau Angah pakai gedeber beso. Takyah la abang pakai duit tu. Esok nak isi minyak lagi,” balas wanita itu.

Walaupun suara mereka sangat perlahan, tapi tibu dengar satu demi satu. Mungkin sebab kami memang bersebelahan, cuma dipisahkan oleh rak baju sahaja.

Saya capai tiga pasang uniform dan tinggalkan pasangan itu. Tak sanggup mendengar yang selebihnya. Usai membayar, air mata saya dah mula bergenang. Ya Allah di balik keluh kesah diriku yang keletihan, ramai lagi di luar yang sudah lama jerih, sudah lama pedih. Allahu.

Saya pergi ke ‘pit stop’ akhir. kedai eko RM2. Berhajat nak mendapatkan keperluan alat tulis dan stokin Adam. Pun penuh, ramai ‘yak mat’ umat manusia. Yang membeli jajan sepenuhnya bakul. Dalam hati saya ingin memberitahu, namun ditelankan sahaja niat itu. Bimbang suasana tidak sesuai.

“Di sana orang berkira setiap sen yang ada membeli keperluan sekolah. Dekat sini, seronok pula dia masukkan setiap jajan kalori kosong itu sebab murah. RM2 saja kan?” bisik pada hati.

Diambil tiga pek stokin, melintas sebentar ke bahagian barangan anak. Membelek pin dan ternampak pasangan sedang membelek bungkusan beberapa keping ‘pampers’ yang di pek semula.

“Ambil dulu 4 cukup bang. Habuan tidur malam. Siang pakai ja lampin kain,” kata wanita itu kepada lelaki sebelahnya.

Kisah ini memberi seribu satu pengajaran untuk kita lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Moga kedua keluarga tersebut sentiasa dilindungi Allah s.w.t dan moga dipermudahkan segala urusan mereka hendakya.

Sumber: Facebook/Intan Nornie Sheika

The post ‘Dua Pasangan Ini Membuatkan Aku Lebih Bersyukur ‘ – Intan Nornie appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel ‘Dua Pasangan Ini Membuatkan Aku Lebih Bersyukur ‘ – Intan Nornie kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Dua Pasangan Ini Membuatkan Aku Lebih Bersyukur ‘ – Intan Nornie

Postingan terkait: