Hari ini adalah hari yang mengembirakan kerana bermulanya persekolahan. Rat-rata ramai yang berasa teruja untuk memulakan pembelajaran. Tetapi tidak bagi penduduk di kawasan kuala Lipis. Satu video yang mengharukan apabila ada seorang bapa sedang memimpin anak kecilnya untuk menyeberangi jambatan yang telah rosak dalam masa yang sama mereka sedang bergadai nyawa dengan keadaan jambatan yang amat membahayakan berkenaan.
Kandungan rakaman video itu juga kelihatan keadaan air sungai yang mengalir dengan deras dan sangat membahayakan setiap penduduk yang melalui jambatan tersebut. Kejadian ini dikatakan terletak di Kuala Lipis, pahang dan ia juga menimbulkan rasa bimbang ,takut dan simpati kepada penduduk di situ.
Seorang netizen yang dikenali Sebagai Puan Zaharah telah memuat naik gambar berkenaan di laman Facebook miliknya dan dalam kenyataan beliau menyatakan jalan darat yang digelar sebagai ‘Jalan belakang’ yang sedang dilalui oleh penduduk kampung itu telah dinaiki air akibat dari air banjir dan itu juga menyebabkan mana-mana kenderaan tidak boleh melaluinya.
Menurut sumber, jambatan yang dikatakan adalah laluan utama buat penduduk di situ untuk menyeberangi sungai ke -seberang. Seberang sungai itulah terletaknya Klinik,sekolah-sekolah dan juga kedai-kedai untuk membeli barangan keperluan seharian. Satu-satunya jalan yang digunakan telah rosak teruk tanpa ada pembaikan pulih dari orang yang bertanggungjawab walaupun aduan telah disuarakan.
Menurut Puan Siti Zaharah anaknya baru sahaja ingin memulakan sesi persekolahnya yang pertama dan nampak lebih tidak sabar untuk pergi ke sekolah itulah penyebab suaminya dalam keadaan terpaksa mengunakan jambatan yang rosak teruk itu untuk pergi ke seberang untuk menghantar anaknya ke sekolah.
Kebanyakkan netizen yang melihat keadaan dalam video itu bersimpati dan ada juga yang tidak bersetuju kerana ia boleh mengundang bahaya jika terus mengunakan jambatan rosak berkenaan.
Anak emak bersemangat dah nk ke sekolah..Tapi kena harungi jambatan yg canggih ni..Dah setahun,tk de perubahan langsung..Jambatan gantung pamah aur bukit betong.kuala lipis.
Posted by Siti Zaharah on Monday, January 1, 2018
Diharap pihak yang bertanggungjawab hendaklah lebih peka dan vcepat dalam menyalurkan bantuan untuk penduduk yang memerlukan. Pihak wajib hendaklah memberi perhatian tentang perkara yang dianggap serius ini. Keadaan jambatan yang amat membahayakan boleh mengundang perkara yang tidak kita ingini.
Sumber: Siakapkeli.my
The post Keadaan Seorang Ayah Sanggup Bergadai Nyawa Hantar Anak Ke Sekolah, Jambatan Rosak Teruk appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Keadaan Seorang Ayah Sanggup Bergadai Nyawa Hantar Anak Ke Sekolah, Jambatan Rosak Teruk