Strok adalah salah satu penyakit yang boleh membawa maut. Sebahagian besar pesakit serangan strok tidak mengetahui gejala-gejala strok pada diri mereka dan membiarkan masalah ini menjadi lebih parah dan membahayakan nyawa.
Satu kajian menunjukkan kebanyakan orang dewasa yang berumur kurang dari 45 tahun tidak mempunyai cukup pengetahuan tentang strok ini, hanya 33% dari pesakit yang segera memeriksakan diri kepada doktor setelah mengetahui gejala-gejala strok seperti rasa kebas, badan yang lesu, dan gangguan-gangguan lain. Selebihnya mereka hanya membiarkan perkara ini begitu saja dan berisiko mengalami serangan strok yang membawa kematian.
Pakar kesihatan juga menasihati untuk mengenali beberapa strok gejala dengan cara berikut ini.
1. Melihat wajah, jika wajah tidak symmetrical ketika senyum atau salah satu sisi wajah terlihat turun. Ini boleh menjadi tanda gejala strok, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan secepatnya.
2. Kedua lengan tidak boleh dinaikkan ke atas dengan normal, jika rasa ada yang aneh dengan lengan ketika diangkat ke atas, jangan biarkan. Berkemungkinan anda terkena gejala strok, segera kunjungi doktor sebelum terlambat.
3. Gangguan ketika bercakap, kerana saraf tidak berfungsi baik. Jika anda mengalaminya, segera kunjungi doktor dapatkan rawatan segera sebelum semuanya terlambat.
Jika perkara-perkara di atas berlaku terhadap anda, segera dapatkan rawatan yang sewajarnya. Perhatikan dan hadamkan gejala-gejala di atas sebaik mungkin, kerana dengan mengetahui tanda-tanda ini, gejala strok dapat diatasi.
Sumber: Doktersehat.com
The post Lihat Wajah Anda Di Hadapan Cermin Sekarang, Kenali Tanda-tanda Gejala Stroke Sebelum Terlambat! appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Lihat Wajah Anda Di Hadapan Cermin Sekarang, Kenali Tanda-tanda Gejala Stroke Sebelum Terlambat!