Usahawan berjaya, Nur Sajat dan jantinyanya masih menjadi perdebatan ramai. Terbaru, sekumpulan NGO membidas tindakan Jakim yang menjalankan ujian pengesahan jantinanya kerana menganggap ianya merendahkan maruah seseorang.
Seseorang itu tidak berhak dipaksa untuk melakukan ujian pengesahan jantina kerana alat kelamin seseorang tidak menentukan kesahihan identiti jantina individu, menurut NGO terbabit.
“Kami percaya tidak ada seorang pun yang perlu diarah menjalani ujian perubatan untuk menentukan identiti jantina. Proses ini ternyata mengganggu, merendahkan, tiada perikemanusiaan dan paling penting tidak perlu dibuat,” katanya kepada Projek MMO.
Kenyataan itu disuarakan oleh gabungan 14 NGO termasuk, Sisters in Islam (SIS), Empower, Justice for Sisters and Trans men Malaysia, dan Komuniti Muslim Universal.
Terdahulu, Jakim memberikan masa sebulan untuk mendedahkan status jantina usahawan terbabit. Sajat rasa terkilan dengan isu jantinanya dimainkan di serata media kerana mengaibkan dirinya.
Jelasnya lagi, pihak keluarga juga turut menangung malu berikutan hal terbabit.
The post Kemaluan Seseorang Tidak Menentukan Jantina appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Kemaluan Seseorang Tidak Menentukan Jantina