Pengacara Nana Al Haleq memulakan kerjaya sebagai jurulatih dan penasihat kecergasan. Kerana badannya yang berotot dan sentiasa tampil seksi, wanita berusia 31 tahun tidak terlepas dari kecaman dan tohmahan dari netizen.
Bukan sahaja itu, ramai yang mempertikaikan pegangan agamanya dan ada juga yang bertanyakan agamanya kerana menggayakan pakaian seksi.
‘Sebagai manusia, saya ada juga ‘search’ nama di Google dan tidak sangka, ada yang menanyakan sama ada saya Islam dan sebagainya.’
‘Tidak semestinya dengan berpakaian seksi, sikap saya juga buruk. Siapa tahu saya sudah khatam al-Quran sebanyak 15 kali?’ ujarnya memetik portal tempatan, Berita Harian.
Menurut Nana lagi, berpakaian seksi tidak melambangkan sikap seseorang dan apa yang penting adalah misinya untuk mengajak orang ramai menjalani amalan hidup sihat.
‘Misi saya adalah untuk menyebarkan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Tidak semestinya dengan berpakaian seksi, sikap saya juga buruk’
Sumber: The Malay Mail Online
The post ‘Terlalu Seksi? Siapa Tahu Saya Khatam Quran 15 Kali?’ – Nana appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Terlalu Seksi? Siapa Tahu Saya Khatam Quran 15 Kali?’ – Nana