Kutil adalah masalah kesihatan kulit yang biasanya muncul benjolan kecil bertekstur kasar di atas permukaan kulit. Kutil boleh menular dan menyebar dengan mudah, biasanya penularan berlaku ketika bersentuhan langsung dengan penderita pesakit ini.
Rupanya ada cara yang cukup aneh untuk menghilangkan kutil, iaitu dengan cara membungkusnya dengan sellotape atau duct tape. Tetapi ingat, melekatkan kutil dengan ducktape ini tidak boleh dilakukan di kawasan genital.
Kaedah menggunakan ‘ductape’ ini juga cukup mudah.
1. Potong selembar ductape dan tutup kutil dengannya.
2. Biarkan ductape pada kutil selama 6 hari. Jika ductape terlepas, pasang lagi sekali dengan selembar ductape yang baru.
3. Setelah 6 hari buang ductape, rendam kawasan kutil di dalam air.
4. Kemudian gosok perlahan permukaan kutil dengan kain kasar atau batu apung (pumice). Biarkan terbuka selama sehari.
5. Keesokannya, ulangi proses ini sampai kutil hilang, tapi tidak lebih dari 2 bulan.
Mungkin tidak akan hilang secara terus, anda harus mengulanginya sehingga kutil benar-benar hilang, yang jelas dengan menggunakan kaedah ini anda hanya perlukan ductape, dan cara ini lebih selesa.
Tetapi jika kulit sangat nipis atau rapuh, berhati-hati ketika membuka ductape.
Perlu diingat, jika anda tidak yakin dengan kaedah ini, atau tidak yakin apa yang menonjol pada kulit, samada kutil atau tidak, sebaiknya berjumpa ke doktor.
Jika kaedah untuk kutil ini tidak hilang dalam masa 8 hari atau 2 minggu, sebaiknya segera menghubungi doktor.
Untuk kutil di daerah genital, terus berjumpa dengan doktor, jangan cuba untuk melakukannya sendiri, termasuk cara di atas.
Sumber: Grid.id
The post Tak Perlu Ke Doktor, Hanya Perlu Lakukan Ini Kutil Di Tangan Akan Hilang Tanpa Rasa Sakit! appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Tak Perlu Ke Doktor, Hanya Perlu Lakukan Ini Kutil Di Tangan Akan Hilang Tanpa Rasa Sakit!