Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida menyifatkan strategi usahawan Datuk Seri Aliff Syukri mempromosikan lagu Abang Nak Tegur bergandingan bersama Nur Sajat sesuatu yang berjaya.
Datuk Seri Vida ada memberi penjelasan berikutan tentang cemburunya dengan strategi Datuk Aliff Dan Sajat, namun beliau berkata, mengapa harus cemburu, kerana rezeki itu datang dari Allah s.w.t, dan setiap orang itu telah ditetapkan rezeki masing-masing.
Pada awalnya lagu ciptaan Edry Abdul Halim ini menerima jumlah tanda tidak suka (dislike) yang banyak di laman tersebut, Vida berpendapat bahawa ianya hanyalah satu strategi yang bagus dan ia secara tidak langsung membantu mempromosikan lagu itu.
“Baguslah… nampak strategi dia berjaya. Mulanya nyanyi dengan Sajat dapat dislike banyak tapi bila duet dengan isterinya, Datin Nur Shahidah, ramai pula yang suka.
“Apa yang boleh saya kata, selamat datang ke industri hiburan. Kita dah jadi artis you all,” katanya.
Sebelum ini, muzik lirik lagu nyanyian Aliff bersama Sajat mendapat lebih 300,000 ribu tanda tidak suka di YouTube.’
Vida yang pernah muncul dengan lagu I Am Me tidak rasa tergugat dengan pembabitan Aliff dalam industri seni suara.
“Sejujurnya, tak tergugatlah. Masing-masing ada cara tersendiri dalam mempromosikan lagu dan saya senang melihat mereka turut berada dalam industri.
“Secara tak langsung, lagu ini mampu mempromosikan produk jualan kami dipasaran,” katanya.
Ditanya sama ada dia memasang impian untuk berduet dan bergandingan bersama Aliff dan Sajat dalam lagu terbaharu Vida memberitahu, dia masih belum memikirkan mengenai perancangan ke arah itu.
Sumber: Gempakbakhang.com
The post “Masing-Masing Allah S.W.T Dah Tetapkan Rezeki Mereka” – Datuk Seri Vida Mengaku Tidak Tergugat Dengan Strategi Datuk Aliff Dan Sajat appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel “Masing-Masing Allah S.W.T Dah Tetapkan Rezeki Mereka” – Datuk Seri Vida Mengaku Tidak Tergugat Dengan Strategi Datuk Aliff Dan Sajat