Sudah lumrah menjadi artis, sentiasa di ‘intai’ oleh netezen untuk mencari kesalahan artis-artis. Terbaru Isteri Shuib Sepahtu, Siti Sarah Raisuddin yang dikecam kerana kulit wajahnya.
Semuanya bermula apabila gambar shuib bersamanya dan ibu menjadi viral gara-gara pemberian hadiah istimewa sebuah kereta, namun apa yang menjadi perhatian ramai bukanlah kereta yang diberi, sebaliknya kulit wajah Sarah yang dikatakan agak gelap jika dibandingkan dengan gambar-gambarnya yang lain.
Netizen sememangnya suka mencari kelemahan-kelemahan artis, pantang nampak salah sikit, terus menjatuhkan hukum. Sebenarnya salah kah jika kulit berubah menjadi gelap?
Melalui kapsyen di Instagram, Sarah memberitahu agak bersedih dengan segala tomahan yang dilemparkan padanya sehingga ada yang berkata Sarah terlalu kerap edit gambar di Instagram.
Namun Sarah tidak menolak dan mengakui dirinya sering mengambil gambar di kawasan terang.Malah, Sarah turut memberitahu suaminya Shuib itu mempunyai masalah penglihatan melibatkan warna atau buta warna.
Rasa terkilan
“Assalamualaikum semua secara jujurnya saya betul2 tidak menyangka gambar hadiah birthday ibu shuib ni menjadi perhatian ramai.. ramai yg kutuk sarah , katanya sebenarnya sarah hitam tapi edit gamba.. ye saya mengaku saya selalu ambil gambar di tempat2 yg bercahaya terang,mana adaa org nak ambil gamba bertentangan dengan cahaya.. itu yg nampak burn .. secara jujur nya saya rasa sangat sedih bukan sebab org kata saya .. tapi mungkin ramai yg tak tau shuib BUTA WARNA . die tak tau pon WARNA apa yg die post di ig die.. banyak warna yg die tak nampak.. padahal kami pakai handphone jenama yg sama.. lagi pun mak shuib tu putih melepak tu pon nampak cam sun burn..” tulisnya diruangan kapsyen.
Katanya lagi,
“Secara jujurnya saya memng tak putih macam ORANG PUTIH, tapi kalau nak di bendingkan dengan saya yg Dulu memang saya lebih cerah sekarang .. sebab saya memng ambil peroduk …saya pakai LOTION, SABUN dan PIL utk kulit lebih cerah,” jelasnya lagi di ruangan kapsyen.
Memiliki kulit cerah ataupun gelap tidak memberi kesan pun kepada orang sekeliling, apatah lagi kepada netizen yang tidak pernah pun menemuinya secara bersemuka. Jangan sesekali menjatuhkan hukum. Lebih baik menjaga hal sendiri sahaja, jika tiada apa yang baik untuk diperkatakan, lebih baik berdiam diri sahaja.
Sumber: Citerviralterkini.com
The post Netizen Menghentam Gambarnya Berkulit Gelap, Siti Sarah Rasa Terkilan Dan Tampil Beri Penjelasan appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Netizen Menghentam Gambarnya Berkulit Gelap, Siti Sarah Rasa Terkilan Dan Tampil Beri Penjelasan