“Semua Power Puff Girls” – Eira Syazira Dan Azad Jazmin Timang Anak Ketiga

“Semua Power Puff Girls” – Eira Syazira Dan Azad Jazmin Timang Anak Ketiga - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Semua Power Puff Girls” – Eira Syazira Dan Azad Jazmin Timang Anak Ketiga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Pelakon, Eira Syazira, selamat melahirkan anak ketiga di Pusat Perubatan Prince Court, di sini, sebentar tadi. Suaminya, Azad Jazmin atau nama penuhnya Azad Jazmin John Louis Jeffri, 42, menerusi video yang dikongsi di Instagram dengan nada teruja berkata, beliau bersyukur proses kelahiran berjalan dengan lancar dan kedua-dua ibu serta anak berada dalam keadaan sihat.

Azad yang teruja diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi meluahkan rasa syukur kerana proses bersalin berjalan dengan lancar serta kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah, isteri saya selamat bersalin anak perempuan. Ia bermaksud, saya kini mempunyai tiga anak perempuan.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Eira. Syukur kepada Allah. Ini juga bermakna saya masih berpeluang untuk mendapatkan anak lelaki pula,” kata Azad.

“Masih ada harapan untuk dapatkan anak lelaki tetapi Alhamdulillah tidak kisah lelaki atau perempuan kerana paling penting dia sihat.

“Semua ‘power puff girls’ jadi saya kena belajar bergelumang dengan anak-anak perempuan semuanya,” ujarnya berseloroh.

Berkongsi pengalaman berada di bilik bersalin, Azad berkata, kali ini isterinya menggenggam tangan beliau dengan begitu kuat sehingga membuatkannya berasa sakit pada bahagian terbabit.

“Eira menggenggam tangan saya sampaikan urat nak lari. “Saya pula pesan padanya, ‘pegang perlahan sedikit sayang. Tangan I dah nak tercabut nih’,” seloroh Azad.

Eira atau Syazira Shuhaimi, 33 dan Azad, yang juga seorang pelakon, mendirikan rumah tangga pada September 2011.

Pasangan itu juga memiliki dua cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, 6 dan Ameisya Leanne Rose, setahun.

Sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Azad dan Eira. Semoga rezeki serta kebahagiaan mereka sekeluarga bertambah.

Sumber: Rotikaya.com

The post “Semua Power Puff Girls” – Eira Syazira Dan Azad Jazmin Timang Anak Ketiga appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel “Semua Power Puff Girls” – Eira Syazira Dan Azad Jazmin Timang Anak Ketiga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Semua Power Puff Girls” – Eira Syazira Dan Azad Jazmin Timang Anak Ketiga

Postingan terkait: