Siapa tidak tidak suka akan hidangan makanan laut seperti ikan, pasti sahaja disukai ramai. Namun, pernahkah terjadi kepada anda ketika kecil, sedang menikmati isi ikan tiba-tiba tertelan sekali tulang ikan.
Pasti cemas bukan? Mahu saja dicapai menggunakan jari, tidak juga hilang. Jadi, bagaimaa cara berkesan, menghilangkan tulang ikan yang masih lagi terlekat pada tekak ini.
Ada beberapa tips dan cara yang boleh dilakukan untuk melegakannya, dan secara tidak langsung menghilangkan tulang ikan tersebut. Lihat sahaja berikut ini.
Nasi
Kepalkan nasi dalam saiz sebesar bola ping pong, dan terus telan, diisulami dengan bacaan bismillah dan selawat.
Madu
Celupkan jari ke dalam madu, selawat sebanyak 3 kali, dan kemudian hisap jari tersebut.
Air basuhan tangan
Pastikan basuh bersih-bersih dahulu tangan, dan ambil air masak kemudian basuh semula tangan seperti biasa menggunakan air tersebut.
Selepas itu, minum semula air yang basuh tangan itu.
Pisang
Ambil sepotong pisang yang telah masak, kemudian telan. Lakukan beberapa kali sehingga tulang tersebut hilang.
Garam
Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum air tersebut.
Ketika minum, berikan tekanan semasa menelan air agar tulang tidak lagi melekat pada tulang.
Roti
Gumpalkan roti dalam bentuk membulat, kemudian telan roti tersebut, agar tulang dapat ditanggalkan.
Sekiranya telah cuba beberapa kali, dan tulang ikan masih ada dan tidak dapat diatasi, dapatkan rawatan doktor dengan kadar segera.
Sumber: Sehinggit.com
The post Tips Hilangkan Tulang Ikan Jika Tercekik appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel Tips Hilangkan Tulang Ikan Jika Tercekik