Kajian: Daun Ketum Mampu Menggantikan Methadon Yang Berpotensi Merawat Penagihan Dadah

Kajian: Daun Ketum Mampu Menggantikan Methadon Yang Berpotensi Merawat Penagihan Dadah - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kajian: Daun Ketum Mampu Menggantikan Methadon Yang Berpotensi Merawat Penagihan Dadah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Seperti sedia maklum, jika mendengar tentang daum ketum, selalunya dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah kerana dapat memberikan kesan yang hampir sama dengan dadah jenis Opiat yang mengakibatkan kesan buruk kepada badan seperti hilang kawalan diri, rasa bosan dan malas, kurang sentitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi.

Sebenarnya daun ketum merupakan perubatan tradisional yang digunakan oleh orang terdahulu dalam menghilangkan rasa penat dan lelah selepas membuat kerja-kerja berat. Penggunaan daun ketum tidaklah menjadi masalah kepada orang terdahulu kerana mereka menggunakan ketum jika perlu sahaja.

Dalam ilmu perubatan, daun ketum berpotensi untuk menjadi ubat tahan sakit kerana bahan aktifnya yang bersifat menghilangkan kesakitan, melancarkan peredaran darah dan penawar sakit urat.

google image

Kumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) masih lagi menjalankan kajian ke atas tumbuhan ketum yang dikatakan berpotensi sebagai ubat tahan sakit yang agak baru dalam bidang perubatan.

Menurut Profesor Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, Profesor Dr Sharif Mahsufi Mansor, daun ketum berpotensi untuk menggantikan methadon yang digunakan dalam menyembuhkan masalah ketagihan dadah terutamanya selepas penagih itu berhenti mengambil dadah. Methadon adalah opiat sintetik yang digunakan sebagai ubat penahan sakit dan juga di dalam rawatan penagihan narkotik.

Ada tiga kesan utama yang dihasilkan oleh methadon:

-Mengelakkan kesan gian.
-Menghalang kesan dari penyalahgunaan dadah terlarang
-Mengurangkan keinginan terhadap dadah opiat

Rawatan gantian methadon merupakan rawatan jangka masa panjang untuk menyembuhkan penagih. Walaupun bagaimanapun, belum ada lagi kajian klinikal yang berjaya membuktikan daun ketum sebagai penawar bagi penagih dadah yang sah, kerana belum ada penyelidikan yang terperinci dibuat.

“Kajian masih dijalankan, belum selesai lagi. Namun kita ada potensi, kena buat kajian lagi. Kita belum buat kajian klinikal terhadap manusia dan hanya dilakukan pada haiwan,” katanya lagi.

Menurut beliau lagi, kajian ini memerlukan data-data dalam haiwan tersebut untuk mendapat kelulusan terhadap etika manusia. Buat masa ini masih belum dibenarkan digunakan terhadap manusia.

google image

Dr Sharif ditemubual oleh pemberita selepas beliau menyampaikan syarahan umum pelantikan professor bertajuk “Ketum: Sejarah Penggunaan dan Penemuan Terkini” di USM pada Khamis.

Beliau juga berpendapat, sebelum ini ketum sangat terkenal di dalam perubatan khususnya bagi merawat gejala penagihan dadah seperti mengawal gejala tarikan dan terapi gantian.

“Untuk merawat gejala penagihan dadah ada dua perkara yang perlu diambil kira. Pertama untuk mengawal gejala tarikan dan kedua, terapi gantian methadon,” katanya.

Beliau juga mengulas lebih lanjut di mana, pihaknya turut menjalankan penyelidikan bagi membangunkan ubat baharu terhadap jangkitan kulat sistematik yang kemungkinan berlaku kepada penagih dadah yang dijangkiti HIV.

“Kajian yang dijalankan sejak 2007 itu berjaya menemui ubat antikulat baru (CDR2) yang difailkan oleh USM pada 2016 bagi rawatan jangkitan kulat sistemik seperti aspergilosis dan pihaknya kini sedang menanti kelulusan daripada Perbadanan Harta Intelek (MyIPO),” katanya lagi.

Kajian yang telah dijalankan sejak 1960 sehingga kini sudah mengenal pasti sebanyak 57 sebatian daripada pelbagai spesis Mitragyna malah daripada jumlah itu, terdapat 37 jenis alkaloid bagi ketum dan alkaloid utama bagi daun ketum ialah mitraginina.

Sementara itu, Sharif Mahsufi berharap, USM dapat bekerjasama dengan agensi penyelidikan lain seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada masa akan datang bagi mencari baka ketum yang terbaik di Malaysia untuk melengkapkan hasil kajian tersebut.

Sumber: Petua.whatta.org , Myhealth.gov.my , Siakapkeli.my

The post Kajian: Daun Ketum Mampu Menggantikan Methadon Yang Berpotensi Merawat Penagihan Dadah appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Kajian: Daun Ketum Mampu Menggantikan Methadon Yang Berpotensi Merawat Penagihan Dadah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kajian: Daun Ketum Mampu Menggantikan Methadon Yang Berpotensi Merawat Penagihan Dadah

Postingan terkait: