Wanita dan kecantikkan sememangnya tidak boleh dipisahkan, mereka sanggup berhabis duit dem mnengejar kecantikkan, walaupun mereka sendiri tidak yakin akan keberkesanannya dan juga risiko yang bakal mereka hadapi.
Antara item yang paling wanita suka dalam sesuatu produk adalah mask. Ini kerana mask mampu menanggalakn sel kulit mati dan mampu membuatkan kulit anda nampak lebih muda dan halus.Namun jika kesannya tidak seperti yang dijangkakan, bagaimana pula?
Baru-baru ini telah viral tentang satu produk dimana penggunanya tidak dapat mencuci dan menanggalkannya setelah memakainya lebih dari 5 jam. Mask tersebut melekat dengan teruk dan mneyebabkan kulitnya terasa sangat pedih!
Menurut caption gambar tersebut:“Pakai mask tu dari malam. Bangun pagi nak buka, tak boleh. Melekat di muka sampai berdarah,” kata sumber.
Bagaimanapun di media sosial, netizen mempersoalkan kesahihan gambar dan kejadian itu khususnya golongan wanita yang rata-rata mengatakan kejadian seperti itu tidak pernah berlaku.“Aku pun pakai mask macam ni dan banyak kali tertidur sampai terlupa nak buka.
Esok pagi baru buka, tak ada pula jadi macam ni. Dia letak apa? Scary juga tengok, sampai macam tu sekali. Ke dia guna gambar gajah sebab tu jadi begini? Pelik,” kata Naerah.
Namun benar apa yang dikata, jika anda tidak merasa sendiri, mungkin anda tidak percaya. Ada segelintir netizen mendakwa gambar tersebut adalah palsu dan diedit semata-mata.
“Kalau kejadian ini benar, saya tak rasa dia boleh grab shawl, duduk depan pintu cari lighting dan kemudian pose. Confirmlah dia dah meroyan menggigil lari pergi ke hospital.
Fake news saja ni, saja nak mencari publisiti murahan,” kata Cekodok Kepeng.
Meskipun ramai yang mengatakan kejadian itu tidak benar, ada segelintir netizen pula yang percaya,
“Tapi kalau fake, tak akan mata dia merah juga? Nak kata edit, tak tahulah sebab tak pernah lagi try edit mata bagi merah. Apa pun doakan yang baik-baik,”
Benar atau tidak, anda seharusnya berhati-hati dalam memilih produk. Terlalu banyak produk kecantikkan diluar sana, ada yang berani mengambil kesempatan dan mencipta produk yang palsu.
Oleh sebab itu anda disarankan untuk menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk merawat kulit muka anda, ini kerana banyak kelebihan-kelebihan yang ada pada bahan semulajadi yang anda sendiri tidak tahu dan tidak yakin.
leh kerana terlalu yakin dengan produk luar yang sudah bercampur bahannya dan anda sendiri tidak tahu, akhirnya membinasakan kulit muka anda sendiri. Antara bahan semulajadi yang mampu merawat kulit muka anda adalah telur, madu dan kunyit.
Sumber: Islamik.info
The post ‘Saya Pakai Mask Dan Tertidur, Bangun Awal Pagi Nak Buang Terasa Pedih Dan Tidak Dapat Ditanggalkan’ – Naerah appeared first on Aliff Channel.
Anda sekarang membaca artikel ‘Saya Pakai Mask Dan Tertidur, Bangun Awal Pagi Nak Buang Terasa Pedih Dan Tidak Dapat Ditanggalkan’ – Naerah