Kanak-Kanak Usia 5 Tahun Saksi Adam Didera Goncang Badan Dan Ketuk Kepala

Kanak-Kanak Usia 5 Tahun Saksi Adam Didera Goncang Badan Dan Ketuk Kepala - Hallo sahabat BERITA KABAR INDONESIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kanak-Kanak Usia 5 Tahun Saksi Adam Didera Goncang Badan Dan Ketuk Kepala, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel fakta bambam got7, Artikel fakta bill gates, Artikel fakta boruto, Artikel fakta bryan domani, Artikel fakta btob, Artikel fakta bts jungkook, Artikel fakta bumi, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


“Anak beritahu dia nampak pengasuh goncang badan dan ketuk kepala bayi itu kerana asyik menangis. Beberapa minit kemudian, bayi itu terus senyap”.

Demikian kata Zian Hafiz Ahamad Zawati, 36, bapa kepada kanak-kanak yang turut berada di bawah jagaan pengasuh yang menjaga bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, lima bulan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, mayat Adam Rayqal ditemui diletakkan di dalam beg kitar semula di bahagian sejuk beku di dalam peti sejuk rumah pengasuh berusia 33 tahun berkenaan di Jalan Nakhoda Kiri, Batu Caves, Selangor.

Zian berkata, kedua-dua anaknya, Ahmad Zayyan Putra, 5, dan Nur Imanina Arisa Putri, 3, dihantar ke rumah pengasuh terbabit sejak dua minggu lalu.

Katanya, ketika isterinya, Norita Abdul Wahab, 40, menjemput anak mereka pada jam 6.30 petang, pada hari kejadian, pengasuh itu tidak nampak gelisah atau bingung.

“Apabila saya pulang ke rumah kira-kira 10 malam pada hari kejadian, isteri memaklumkan dia terlihat status di Facebook mengenai kehilangan bayi berkenaan sebelum dikejutkan dengan berita kematiannya, pagi semalam.

“Sebaik bangun dari tidur kira-kira jam 9 pagi semalam, saya bertanya kepada anak sulung sekiranya dia ada melihat sesuatu yang berlaku ketika berada di rumah pengasuh itu.

“Zayyan memaklumkan dia melihat pengasuh berkenaan menggoncang badan dan mengetuk kepala bayi itu kerana dia (Adam) asyik menangis sejak pagi sebelum tiba-tiba senyap,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Zian berkata, isterinya mengenali pengasuh itu melalui Facebook dan bersetuju menggunakan khidmat wanita berkenaan dengan upah RM650 sebulan untuk menjaga kedua-dua anaknya.

“Sepanjang tempoh itu, anak-anak tidak pernah mengadu apa-apa mengenai pengadu. Malah, Zayyan memaklumkan wanita itu kerap memberi mereka makan nasi ayam sehingga saya perasan anak bertambah berat badan.

“Apabila perkara ini terjadi, saya amat terkejut dan takut pada masa sama kerana kejadian itu boleh terjadi kepada anak-anak saya,” katanya yang menetap di Bandar Baru Selayang, Gombak, Selangor.

Katanya, kejadian yang menimpa Adam Rayqal menimbulkan rasa bimbang untuk menghantar anak mereka kepada pengasuh.

“Zayyan pernah didera oleh pengasuh sebelum ini menyebabkan saya bimbang untuk menghantar anak-anak kepada pengasuh, namun tiada apa boleh dilakukan memandangkan saya dan isteri bekerja.

“Buat masa ini, saya dan isteri bergilir-gilir menjaga kedua-dua anak saya sementara menunggu mendapat pengganti pengasuh baharu,” katanya yang bekerja sebagai pembantu pengurus di sebuah kelab golf.

Sumber: Berita Harian

The post Kanak-Kanak Usia 5 Tahun Saksi Adam Didera Goncang Badan Dan Ketuk Kepala appeared first on Aliff Channel.


Sekianlah artikel Kanak-Kanak Usia 5 Tahun Saksi Adam Didera Goncang Badan Dan Ketuk Kepala kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kanak-Kanak Usia 5 Tahun Saksi Adam Didera Goncang Badan Dan Ketuk Kepala

Postingan terkait: